Tuesday, September 1, 2009

permata bonda

baby..dah semakin besar mummy dah semakin bijak dalam berbicara...terkadang terkena jugak aku....dia dah pandai bertanya itu dan ini kenapa dan mengapa....pening jugak kepala memikirkan jawapan terbaik demi kefahaman yang jelas.
baby
menjadi ibu adalah pengalaman yang cukup bermakna buat mummy juga tanggungjawab yang terlalu besar...maafkan mummy seandainya terkadang mummy gagal menjalankan amanah allah dengan sebaiknya mungkin kerana kesibukan tugas jugak keletihan tambahan baby akan dapat adik insyaallah.....

Tuesday, June 30, 2009

happy birthday to me on 29 jun 2009

alhamdulilah akhirnya aku dah menjangkau usia 33 tahun pada 29/06/1976....
tak sangka hubby bagi bunga ...kecoh ofis hari tu....aku harap sinar cahaya menyinari hidupmu..tambahan pulak aku sedang mengandung anak ke 2......ya allah ...selamatkan kandunganku...kata-katanya yg tertulis di dalam kad ...TIADA APA YG TERISTIMEWA DALAM HIDUPKU SELAIN DIRIMU SAYANG....aku harap kata-kata itu kekal hingga hujung nyawa....

Sunday, May 17, 2009

apakah ini ujian atau menyucikan dosa







kehidupan ini memang sesuatu yang tak tercapai akal...aku mencari kedamaian...aku inginkan kesihatan yang baik namun allah menguji lagi...aku sekali lagi dihantui penyakit tiriod yang memang aku hadapi sejak 2004...aku penghidap cancer tiriod...namun aku kini bebas dari cancer cuma aku terpaksa makan ubat seumur hidup ....aku perlu dipantau oleh doktor setipa 6 bulan agar tiriod tidak menjadi lebih aktif yang akan menganggu sistem tubuh aku.......
apakah ini ujian...aku pun tak pasti tapi bila melihat semua insan lain gembira tanpa apa-apa ujian derita aku munasabah diri apakah aku insan yang allah sayangi atau tidak...aku takut dijauhi dari rahmatnya aku takut .........................




Monday, May 4, 2009

aku kembali bekerja

ya allah
terima kasih memberi aku kembali kesihatan yang hilang selama 3 minggu
aku terlantar tanpa nikmat yang ketika sihat aku kecapi......
baru aku tahu nikmat nya hidup sihat
kini aku kembali bekerja.......seperti orang baru blur nak buat kerja

Wednesday, April 1, 2009

Tuesday, March 31, 2009

BEBAS BAGAI HELANG


BERHENTI BERHARAP


siapa kata ketabahan ini tidak pernah goyah

sebenarnya aku hampir rebah

setiap tiang yang ku sandar reput menanti tumbang

setiap dahan yang ku cuba berteduh

patah dihempas ribut

SIAPA KATA AKU TIDAK PERNAH BERDUKA

SEBENARNYA SENYUM INI SATU KEPURAAN

menutup perit sebuah kecewa

tamparan yang rakus

memusnah sebaris cita-cita

tetapi demi janjiku

segala onak kan ku harungi

meski calar kaki

tetap ku perjuangkan

demi janji yang cuma

aku menjadi saksi